Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais: Tiada salahnya slogan BN jadi tema Hari Merdeka

Tiada salahnya slogan pilihan raya BN "Janji ditepati" menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini.

Katanya, parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong, sambil mendakwa ini adalah sistem demokrasi yang juga digunapakai oleh banyak negara lain.

NONE "Jika pembangkang merasakan ini adalah satu slogan kempen pilihan raya, saya rasa tidak salahnya untuk mengatakan demikian," katanya sambah menambah 'sama seperti pembangkang juga boleh berkata 'kami telah buat ini dan ini, dan ini adalah janji kami'.

"Ini juga tidak salah," kata Rais dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri majlis anugerah kecemerlangan kementerian berkenaan hari ini.

Tegasnya, itu adalah perkara biasa yang turut dilakukan oleh Singapura, Jepun serta negara-negara lain.

Beliau menegaskan demikian sebagai menjawab kritikan pembangkang terhadap tema sambutan hari kemerdekaan negara yang akan datang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS