Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KIMMA tak dapat berdiri tanpa NGO India Muslim
Diterbitkan:  Jul 23, 2012 10:56 AM
Dikemaskini: 6:03 AM

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menggesa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India Muslim supaya bersatu demi membela komuniti itu.

Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, "Kerjasama antara NGO sangat diperlukan kerana kami (KIMMA) tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa sokongan mereka."

Beliau bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat bersama 38 NGO India Muslim Pulau Pinang sempena majlis berbuka puasa dan penyerahan wang zakat kepada fakir miskin anjuran KIMMA Pulau Pinang, di George Town semalam.

Syed Ibrahim menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM100 seorang kepada 250 fakir miskin.

"Hari ini saya pergi melawat Wisma Anak Yatim Perempuan Islam di Jalan Scotland dan telah memberi sumbangan sebanyak RM20,000.

"KIMMA juga telah berjanji untuk menyalurkan RM20,000 setiap enam bulan kepada wisma ini untuk kemudahan mereka," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS