Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
MP dakwa menteri perguna SB timbulkan isu komunis, JI

MP Seputeh Teresa Kok mendakwa, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggunakan pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia bagi menimbulkan dakwaan bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang dikaitkan dengan komunis berusaha meresapi parti PAS dan DAP.

NONE Pengerusi DAP Selangor itu mendakwa tindakan itu sengaja dilakukan bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.

"Hishammuddin telah guna pegawai cawangan khas untuk tuduh komunis dan JI masuk dalam Pakatan Rakyat. Sekali lagi dia guna pegawai dan dia (Hishammuddin) teruskan dengan kenyataan sama.

"Ini beri gambaran dia ketandusan modal politik dan kena korek isu lama untuk jadi satu modal.

"Saya seru Hishammuddin selaku menteri dan pemimpin BN bertanggungjawab dengan kenyataannya yang telah guna pegawainya untuk burukkan imej Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS hari ini.

Turut hadir pada sidang itu ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli.

Sementara itu, Nurul Izzah pula menyeru agar rakyat menilai semula rekod kerja Ahli Parlimen Sembrong itu.

hishammuddin hussein dang wangi police station pc 1 Kata Nurul, kenyataan mengenai JI dan komunis itu bertujuan untuk mengalih pandangan orang ramai mengenai prestasi menteri tersebut yang tidak mampu menyelesaikan masalah kadar kenaikkan jenayah negara.

Jelasnya, Hishamuddin sebelum ini merupakan individu yang bertanggungjawab melepaskan 1900 penjenayah tegar di bawah Ordinan Darurat.

"Dia yang bertanggungjawab lepaskan 1900 penjenayah tegar di bawah Ordinan Darurat. Pihak polis juga mengatakan kadar jenayah semakin meningkat. Jadi, kenyataan ini untuk alih pandangan rekod prestasi menteri yang tak mampu selesaikan kadar jenayah yang naik.

"Saya gesa, supaya beliau laksanakan tugasannya dengan baik dan tak guna dakwaan jahat untuk lempar tuduhan pada parti lawan," kata Nurul lagi.

Hishammuddin ketika mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin itu pada awalnya berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.

Hishammuddin kemudiannya berkata pengaruh Jemaah Islamiah (JI) dan komunis dalam parti pembangkang itu masih belum dapat menjejaskan keselamatan negara.