Khairy: keputusan mahkamah tidak membebaskan BERSIH
Walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bahawa gabungan BERSIH bukan sebuah pertubuhan haram, tetapi ia tidak membebaskan mereka daripada apa yang berlaku semasa perhimpunan anjurannya, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Katanya, walaupun
mahkamah
telah memutuskan demikian,
tetapi ia tidak bermakna tindakan mereka pada perhimpunan BERSIH adalah mengikut undang-undang.
Sebagai contoh, katanya, peserta gabungan itu telah menyerbu sekatan jalan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Beliau berkata jika mana-mana undang-undang dilanggar, seperti Akta Perhimpunan Aman atau perintah mahkamah, maka mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di ibunegara hari ini, ketika diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah itu. [Baca berita penuh]
Sementara itu, sambil mengakui janji pilihan raya PKR untuk membuat kereta mampu dimiliki, akan memberi manfaat kepada jutaan rakyat, tetapi Khairy percaya dasar seumpama itu boleh menjejaskan pembuat kereta nasional Proton dan kerajaan hilang pendapatan yang lumayan.
Katanya, jika dimansuhkan duti import dan eksais ke atas kereta yang diimport, ia boleh memberi kesan negatif terhadap Proton.
Menurutnya, Proton mempunyai orang yang bekerja untuknya di samping vendor dan pengedarnya yang berjumlah puluhan ribu.
"Bukannya kita mahu melindungi Proton selama-lamanya, tetapi apa-apa janji-janji manis... tanpa perancangan yang sepatutnya, boleh menyebabkan malapetaka ekonomi," katanya. Baca berita penuh]

