MP persoal peraturan Seda untuk skim FiT
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Seda) didapati melanggar peraturannya sendiri seperti yang dinyatakan dalam permohonan skim Feed-in Tariff (FiT).
Perkara itu dibongkarkan apabila MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal pegawai Seda dalam sesi soal jawab berhubung skim berkenaan pagi ini.
Pelanggaran peraturan itu mungkin menyebabkan ketidakadilan kepada pemohon yang mematuhi perkara ditetapkan dalam permohonan melalui dalam talian itu, kata Pua.
Beliau membangkitkan isu keupayaan kewangan oleh syarikat milik Suzi Suliana – anak perempuan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan – dan juga sekutu wanita tersebut.
Sebanyak 12 firma yang diberi kuota 32.4 percent atau 45.9MW yang ditetapkan untuk skim FiT.
Pua menyatakan bahawa permohonan tersebut menyatakan dengan jelas bahawa penyata akaun bank oleh pemohon FiT perlu menunjukkan baki kredit sekurang-kurangnya 20 peratus daripada keseluruhan modal untuk pemasangan sistem tenaga tersebut.
Oleh itu, beliau meminta Seda menjelaskan sekiranna syarikat Suzi mempunyai baki kredit ang mencukupi – yang mungkin berjumlah RM70 juta untuk loji solar 45.9MW.
Namun, pengurusan tertinggi Seda termasuk pengerusinya Tan Sri Fong Chan Onn, ketua pegawai eksekutifnya Badriyah Abd Malek dan ketua pegawai operasi Ali Askar Sher Mohamad berkata, ketetapan itu tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.
Ia mungkin dalam bentuk modal yang dipegang oleh satu syarikat pemegang atau tanah yang dimiliki pemohon, kata Ali Askar.

