Penggodam sekali lagi menjadikan laman rasmi Lynas Corp sebagai sasaran apabila laman itu dikesan hanya memaparkan latar belakang hitam dengan logo Stop Lynas, Save Malaysia.

Imej berkenaan dipercayai satu protes ke atas syarikat yang bertanggungjawab membina loji pemprosesan nadir bumi kontroversi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Semakan seterusnya ke atas laman itu pada pagi ini mendapati ia tidak boleh lagi diakses.

Penggodaman ke atas laman tersebut pada awalnya dikesan pada Februari lalu, serentak dengan penganjuran perhimpunan besar di Kuantan untuk membantah loji berkenaan.

Kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) hari ini menunggu keputusan mahkmaha berhubung permohonan Lynas untuk mendapatkan injunksi ke atas kritikan NGO itu ke atas loji berkenaan.

Lynas pada bulan lalu memfailkan saman fitnah dan permohonan injunksi ke atas SMSL - satu tindakan yang menerima kritikan oleh kumpulan anti nuklear Australia.

[Baca berita penuh]