Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Satu lagi mayat tragedi kebakaran kapal tangki MISC ditemui
Diterbitkan:  Jul 28, 2012 3:20 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Satu lagi mayat ditemui di Perairan Labuan pagi ini rentetan tragedi kebakaran kapal tangki MT 'Bunga Alpinia', di Labuan, awal pagi Khamis.

    

Penemuan mayat itu menjadikan empat mangsa terkorban dalam insiden itu manakala seorang lagi anak kapal masih hilang.

Dalam satu kenyataan di sini, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) berkata indentiti mangsa yang baru dijumpai itu belum dapat disahkan.

Bagaimanapun, MISC mengesahkan dua mayat yang ditemui semalam sebagai rakyat tempatan, Mohd Hanafi Kalil seorang kelasi dan juru pam kanan Zahari Hassim.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, kapal milik MISC terbakar dan diikuti beberapa letupan yang menggegarkan Labuan ketika kapal itu sedang mengisi metanol di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di Labuan.

Sebelum ini, MISC mengesahkan mangsa yang terbunuh ialah Shahril Azmi Baharudin, 28, dari Melaka yang bekerja sebagai tukang gris di atas kapal tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS