BERITA

Tema hari kebangsaan isu remeh, kata PERKASA

Zulaikha Zulkifli

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Jul 2012, 5:09 pagi

Tema hari kemerdekaan ''Janji Ditepati'' merupakan sebuah tema yang bersifat universal, kata Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu berkata, beliau merasakan pemilihan slogan hari kebangsaan dan mana-mana perayaan merupakan hak kerajaan yang memerintah.

NONE "Pada saya slogan perayaan dan lain-lain hak kerajaan yang memerintah. Jadi saya tak nampak persoalan apa slogan yang patut diletakkan kerana ini kerajaan yang sedang memerintah dan kerajaan ini nak tunjuk pada rakyat bukan sekadar pandai tabur janji tetapi pandai laksana dan tepati janji mereka.

"Apa masalah besar untuk kita bahaskan? Bagi saya isu ini isu remeh sahaja. Tidaklah besar sangat sampai boleh gugatkan negara.

"Saya rasa menunaikan janji itu mempunyai nilai universal," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi

Selain itu, Zulkifli menambah, beliau merasakan tiada kesalahan bagi kerajaan untuk menggunakan slogan tersebut.

"Saya tak nampak salahnya jika kerajaan kata mereka akan tunaikan janjinya.

"Mungkin slogan itu sangat ditakuti oleh orang yang selalu mungkir janji.

"Lagi-lagi orang yang membohongi rakyat yang janji dimungkiri sampai hari ini tak dibuat," katanya lagi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.