Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA: Apa polisi bersama Pakatan berkaitan hudud
Diterbitkan:  Aug 1, 2012 4:49 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama Pakatan Rakyat bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud.

Chor berkata DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha PAS melaksanakan hukum Hudud.

mca new cabinet member 180308 chor chee heung Dalam kenyataan, Chor ( kanan ) yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata Lim juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan PAS sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

"Di bawah tekanan, Guan Eng telah menggunakan polisi bersamanya untuk menjelaskan hubungan antara DAP dan PAS, cuba memusing fakta bahawa DAP telah membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud.

"Malangnya polisi yang digunakan DAP menunjukkan ia tidak konsisten dengan butiran dan penjelasan yang diberikan," katanya.

Anggota Parlimen Alor Setar itu menambah, jika polisi bersama yang diperkatakan Lim mengenai Buku Jingga, jadi mengapa Kelantan yang diperintah PAS mengenakan larangan tertentu di negeri itu seperti aktiviti judi berlesen dan arak walaupun polisi berkenaan tidak disenaraikan dalam buku itu.

"Ia adalah jelas bahawa pakatan tidak berkongsi polisi yang sama dan mereka hanya bersama kerana memerlukan antara satu sama lain dalam bidang politik dan pada masa depan, mereka akan berpecah juga kerana kepentingan politik, meninggalkan rakyat menjadi mangsa kepada cara melulu mereka," katanya.

- Bernama

ADS