Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemarau punca paras air di empangan S'gor merosot

Selangor menegaskan bahawa punca kemerosotan paras air di empangan di negeri baru-baru ini adalah akibat musim kemarau ekoran monsun Timur Laut yang melanda dari Mei hingga Julai.

NONE Timbalan Pengarah Bahagian Makro dan Penswastaan Unit

Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmie Diron ( kiri ) berkata ia  'fenomena' biasa, tetapi memberi jaminan paras air akan memuncak semula kerana monsun Barat Daya sudah bermula.

Beliau berkata, pihaknya telah berhubungan dengan Jabatan Kaji Cuaca.

"Menurut taklimat, monsun Timur Laut membawa musim kemarau tetapi (ramalan) dari Ogos hingga November (adalah) hujan (dari monsun barat daya)," jelasnya di majlis taklimat awam di Shah Alam hari ini.

NONE "Mari kita melihatnya secara realistik. Sekarang Ogos dan sejak

tiga hari lalu, hujan turun - tidak banyak, tetapi hujan, dan terdapat hujan di empangan (manakala) paras air telah meningkat kepada 2mm," katanya.

Nor Azmie berkata data hujan dari 2009-2010 menunjukkan corak yang sama.

Katanya, kini sudah kembali hujan dan pihaknya yakin paras air akan naik semula tetapi bersetuju ada kemerosotan.

[Baca berita penuh]

ADS