BERITA

Dr M: Tak seperti DAP, saya isytihar M'sia Negara Islam

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Ogs 2012, 6:31 pagi

Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

NONE "Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.

"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.

"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.

Pandangan peribadi guru pondok

Sehari sebelumnya, seorang guru pondok dalam Utusan Malaysia kelmarin bahawa haram menyokong DAP kerana parti itu didakwa "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

NONE Sementara itu, mengulas pandangan ulama di akhbar Umno itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu hanyalah pendapat seseorang yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.

Katanya lagi, terpulang sama ada masyarakat mahu menerimanya atau tidak kerana itu merupakan pendapat peribadi.

"Kita dapat mesej daripada Allah pun kita tak turut. Saya fikir tidak akan ramai turut apa yang dia sebut.

"Saya tak tahu betul ke tak (dakwaan). Ini pendapat mereka. Pengetahuan agama saya tak begitu mendalam," katanya lagi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.