BERITA

Hadi: Saya tiada hasrat jadi perdana menteri

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Ogs 2012, 6:08 pagi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News .

NONE Hadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Atas dasar itu, tambahnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang layak mengisi jawatan itu.

"Kita terima Anwar sebagai calon PM, tetapi kita juga menerima pemimpin lain yang mendapat sokongan majoriti (rakyat Malaysia)," beliau dipetik sebagai berkata.

Berhubung isu perdana menteri mesti mendapat sokongan majoriti orang Islam, Hadi berkata, realiti politik menunjukkan Melayu-Islam menjadi tulang belakang kepada populasi pengundi.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan