Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM70.2 juta pendahuluan PTPTN untuk 46,824 pelajar
Diterbitkan:  Aug 13, 2012 2:29 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntuk RM70.2 juta lagi sebagai bayaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada 46,824 pelajar bagi sesi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta September ini.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamad Said berkata wang pendahuluan sebanyak RM1,500 untuk setiap pelajar itu membolehkan mereka membuat pelbagai bayaran sekaligus meringankan bebanan mereka.

Katanya sehingga 31 Julai lepas, PTPTN mengeluarkan peruntukan RM856.9 juta bagi WPP kepada 583,634 pelajar.

azlan "Setakat akhir Julai lalu, PTPTN memberi pinjaman lebih RM44 bilion kepada seramai 1.94 juta pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa di Kampung Peragap Kerdau di Temerloh, semalam.

Beliau berkata peruntukan tersebut bertambah setiap tahun berikutan ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Menurutnya peruntukan itu membuktikan bahawa kerajaan komited dalam memberi pembiayaan pendidikan kepada rakyat di negara ini tanpa mengira kaum atau fahaman politik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS