DAP hari ini mengumumkan parti itu akan menggantung kegiatan dalam taliannya untuk menyokong Hari Tegah Siar Internet bagi membantah pindaan terbaru ke atas Akta Keterangan yang didakwa mengekang kebebasan di Internet.

"Ibu pejabat nasional DAP akan menggantung semua kegiatan dalam talian selama 24 jam selepas tengah malam 14 Ogos bagi menyokong kempen oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

“Untuk tempoh 24 jam, dari tengah malam 14 Ogos hingga 15 Ogos, akaun Twitter dan Facebook DAP Malaysia tidak akan menyiarkan apa-apa kemaskini, berita atau aktiviti," kata parti itu dalam satu kenyataan hari ini.

Laman lidah parti itu, Roketkini , juga akan digelapkan selaras dengan kempen tersebut.

[Baca berita penuh]