Fauziah bukan pemberi maklumat kami, kata PKR
Pemberi maklumat yang didakwa dikaitkan dengan pemberian tender projek sambungan LRT Ampang kepada George Kent Bhd bukanlah pegawai kanan Kewangan Kewangan Datuk Fauziah Yaacob.
Perkara ini didedahkan oleh ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang mengecam penulis blog Umno kerana mensasarkan Fauziah.
Rafizi (
kanan
) berkata, mungkin Fauziah menjadi sasaran mudah kerana
beliau satu-satunya wanita dalam jawatankuasa berkenaan.
Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR turut mengutuk serangan ke atas Fauziah dan berkata perbuatan menyiarkan gambar Fauziah dalam blog yang membuat tuduhan tersebut, adalah tidak wajar.
Beliau mendakwa ia sebagai cubaan untuk menutup mulut penjawat awam daripada memberi maklumat kepada pembangkang.
Zuraidah berkata beliau boleh mengesahkan bahawa Fauziah bukan individu yang menyerahkan dokumen berkenaan kepada PKR.

