Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz nafi gesa Nasha keluar PAS
Diterbitkan:  Aug 16, 2012 9:58 AM
Dikemaskini: 5:47 AM

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pernah menggesa bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa meninggalkan PAS.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu," tulis mursyidul am PAS itu dalam facebook ketika mengulas laporan Bernama  mengenainya semalam.

nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharu "Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," katanya.

Laporan Bernama semalam memetik Nik Abdul Aziz memberitahu agensi berita berkenaan bahawa adalah lebih baik bagi Nasharudin (kiri) meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

"Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...," tulis Nik Aziz lagi

NONE Laporan Bernama semalam juga memetik Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak hairan jika Nasharudin daripada parti itu setelah dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah kelmarin.

   

Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata: "Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian."

   

Semalam akhbar memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

   

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

   

Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

ADS