Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) merancang untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang Hari Kebangsaan ke-55 untuk menekan kerajaan supaya mengekalkan kawasan tersebut daripada kesan pembinaan projek MRT.

Pengerusinya Stanley Yong mengumumkan bahawa perhimpunan yang dinamakan Perarakan Merdeka untuk Jalan Sultan itu akan diadakan pada jam 8.30 malam, Khamis depan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Dalam perhimpunan tersebut, peserta akan berhimpun di Gospel Hall dan seterusnya berarak ke Stadium Merdeka untuk acara simbolik dengan membentuk rantaian manusia daripada stadium tersebut hinggalah ke bangunan Yan Keng Benevolent Dramatic Association.

Peserta berkenaan kemudiannya akan berarak ke tapak perhentian bas Klang, bersebelahan stesen LRT Pasar Seni, yang telah diruntuhkan untuk pembinaan stesen MRT tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS