Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kini sambutan merdeka untuk semua, kata menteri
Diterbitkan:  Aug 28, 2012 12:56 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menjelaskan, perayaan sambutan Hari Merdeka di Bukit Jalil pada Jumaat ini sebenarnya terbuka kepada orang ramai.

NONE "Dakwaan yang dibuat sesetengah pihak bahawa perhimpunan ulang tahun kemerdekaan ke-55 hanya untuk tetamu undangan tidak benar," kata Rais melalui Twitter malam tadi ketika ditanya tentang kenyataan pegawai kanan kementeriannya yang berbeza.

Ketua setiausaha kementeriannya Kamaruddin Siaraf semalam berkata, orang ramai boleh menonton sambutan kemerdekaan daripada layar di luar stadium kerana tempat duduknya dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih.

Rais, dengan menyalah "pemimpin pembangkang tertentu", berkata beliau kesal apabila terdapat usaha menggagalkan hak rakyat untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan ke-55 negara.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak tersebut secara langsung.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS