Kadar jenayah 'palsu': Diam tanda setuju, kata DAP
Ketika kerajaan berdiam diri, desakan supaya pihak berkuasa menjelaskan dakwaan bahawa pihak polis memanipulasi indeks jenayah untuk menyembunyikan keadaan sebenar semakin memuncak.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencabar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) mengisytiharkan bahaha statistik yang dipetik kerajaan telah diaudit, diakui dan disahkan oleh firma Pricewaterhouse Coopers (PwC) sebagai tepat.
"Jika tiada tindakan wajar dilakukan oleh PEMANDU atau PwC pada data berkenaan, maka PEMANDU bersalah kerana menerbitkan (angka) tidak tepat," kata Pua.
"Ia akan jadi sungguh ironi, untuk PEMANDU melakukan jenayah memberi gambaran tidak tepat dan penipuan fakta, khususnya untuk menutup kejadian jenayah."
Penjelasan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf

