Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mempertahankan perangkaan indeks jenayah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara dengan menjelaskan tiada manipulasi dilakukan ke atas statistik tersebut.

Katanya beliau melakukan "satu dosa besar" sekiranya dilihat memanipulasi data berkenaan bagi menunjukkan kadar jenayah berada dalam kawalan.

Beliau seterusnya meminta supaya dakwaan tersebut dibuktikan untuk membolehkan beliau mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab.

Katanya lagi, beliau juga maklum dengan insiden jenayah yang banyak dilaporkan dan polis sedang menangani atau menyiasat perkara itu.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa kadar jenayah itu dimanipulasi, melibatkan jenayah indeks dan jenayah bukan indeks.

[Baca berita penuh]