Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gempa bumi kuat landa kepulauan Filipina
Diterbitkan:  Aug 31, 2012 11:09 PM
Dikemaskini: 3:11 PM

Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Filipina pada pukul 8.48 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 214 kilometer dari timur laut Surigao City, Filipina dan 1,145 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

    

Penduduk di pantai timur Sabah dan utara Sabah serta utara Sarawak dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai buat sementara waktu.

    

Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan maklumat terkini berhubung kejadian gempa bumi berkenaan, menurut kenyataan itu.

    

- Bernama

ADS