Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam pakatan pembangkang bagi pilihan raya umum ke-13, sudah selesai.

Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.

"Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu program di Kota Bharu, hari ini.

Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud, Anwar berkata pelaksanaan peringkat nasional masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

- Bernama