Kerajaan didesak mendedahkan perjanjian konsesi lebuh raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) Johor Baharu sebelum membeli balik projek itu.

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, ia bagi memastikan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) tidak dibayar pampasan melebihi apa yang termaktub dalam perjanjian.

azlan "Kerajaan mesti sepenuhnya telus dalam amalan pembelian balik ini untuk memastikan ia tidak berakhir dengan pampasan dengan jumlah yang amat besar kepada MRCB...," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, tindakan itu supaya persetujuan hanya menjadikan kerajaan membayar pampasan untuk 'kerugian keuntungan masa depan' kepada MRCB - yang bermaksud wang pembayar cukai akan digunakan.

DAP Johor semalam turut mempersoalkan pengumuman untuk mengambil alih EDL Johor Baharu, termasuk membayar kos pembinaan kepada konsesi, atas anggapan pengguna atau pembayar cukai tidak patut menanggung kos pembinaannya.

Kerajaan pada 30 Ogos dilapor memutuskan untuk mengambil alih EDL Johor Baharu daripada MRCB untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan dasar dan caj tol bagi lebuh raya itu.|

[Baca berita penuh]