Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish menyelar tindakan NGO Melayu yang menuntutnya meletakkan jawatan kerana didakwa gagal membuat siasatan terhadap aktiviti Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Beliau berkata demikian ketika diasak pemberita berhubung desakan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dalam sidang media menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur hari ini.

NONE "JMM, PERKASA dan lain-lain lagi meminta saya melepaskan jawatan untuk hari keempat berturut-turut, tetapi perkara itu bukan dalam skop tugas SKM," katanya.

"Saya fikir tuntutan supaya saya meletakkan jawatan tidak bertanggungjawab. Kenapa saya perlu meletakkan jawatan apabila melakukan kerja dengan betul?"

Presiden JMM pada 30 Ogos dilaporkan berkata, mereka pada Julai lalu telah mendedahkan Suaram adalah sebuah syarikat atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd hasil maklumat yang diperoleh dari SSM sendiri.

Namun, ujarnya, syarikat itu jelas 'berlagak' seperti sebuah NGO dengan menggunakan platform tersebut untuk menghentam kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lapor Utusan Malaysia .

Bagaimanapun, kata Azwanddin Hamzah, SMM masih tidak bertindak dan oleh itu Mohd Naim digesa meletakkan jawatan kerana gagal membuat pemantauan dan siasatan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS