Malaysiakini BERITA

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan penduduk Bkt Koman

Hafiz Yatim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Penduduk Bukit Koman hilang peluang terakhir mereka untuk mencabar melalui semakan kehakiman supaya Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar yang terperinci.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk mendapat kebenaran untuk didengar berdasarkan meritnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NONE Panel lima hakim itu, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri  Md Raus Sharif.

Hakim Raus, yang merupakan hakim kedua paling kanan di negara ini berkata, mereka telah menelitinya dan keputusan itu dibuat sebulat suara.

Katanya, tidak ada sebab untuk mereka mengubah keputusan mahkamah rendah dan oleh itu menolak rayuan tersebut.

Di samping itu, Hakim Raus mengarahkan penduduk membayar kos sebanyak RM15,000.

Empat lagi anggota panel hakim tersebut ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Ma'arop, Datuk Hasan Lah dan Datin Paduka Zaleha Zahari.

[Baca berita penuh]