Derita 7 tahun pembantu rumah Kemboja
Ketika Phat Sokleang, warganegara Kemboja, kembali ke tanah airnya selepas empat bulan bertugas sebagai pembantu rumah, beliau tidak lagi dalam keadaan mental yang baik.
Trauma mental yang menggerunkan itu menguasai hidupnya selama tujuh tahun sejak meninggalkan Kuala Lumpur pada 2005, kata Community Legal Education Centre (CLEC), NGO yang berpangkalan di Phnom Penh.
Ketika berada di Kuala Lumpur, beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun, terputus terus kehidupan dengan berkeluarganya di daerah Kampong Cham.
Tetapi pada suatu hari, sebuah agensi menghubungi kedua orang tuanya dan memaklumkan bahawa Sokleang perlu pulang ke rumah, dan meminta US$500 (RM1,600) untuk urusan itu.
"Jika saya ada duit sebanyak itu, tentu saya tak akan benarkan anak gadis saya bekerja di Malaysia," kata bapanya kepada agensi itu.
Beberapa hari kemudian, Sokleang sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh sebagai individu yang sama sekali berbeza.
[Baca berita penuh]

