Duke Cambridge Putera William dan isterinya Catherine Middleton pasti diperhatikan secara dekat semasa lawatan mereka ke Sabah, yang dijangka dihoskan oleh Ketua Menteri Musa Aman.

NONE Musa ( kiri ) kini menjadi tumpuan siasatan oleh pasukan pendakwaan Swiss atas dakwaan perbankan gergasi negara itu UBS membantunya dalam aktiviti pengubahan wang, lapor AP pada 31 Ogos.

Tabloid British Daily Mail hari ini melaporkan, siasatan itu mendorong perhimpunan di luar Istana James minggu lalu, apabila pasangan diraja itu digesa menyatakan cemuhan kepada Musa.

Musa dipercayai memainkan peranan penting menguruskan lawatan pasangan itu ke Sabah dan hampir pasti menjadi hos sejurus selepas ketibaan mereka pada Jumaat.

Bagaimanapun, Istana St James memberitahu harian itu bahawa lawatan William dan Kate akan berlangsung seperti dirancang tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan bertemu Musa.

[Baca berita penuh]