Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengemukakan permohonan untuk mengetepikan tiga tuduhan terhadapnya berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 atas alasan semua tuduhan itu lemah.

    

Badrul Hisham, 34, yang juga dikenali sebagai 'Chegubard', memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui Tetuan SN Nair & Partners.

    

NONE Badrul Hisham menamakan pendakwa raya sebagai responden.

    

Badrul Hisham dituduh bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR  Mohamed Azmin Ali pada 2 Julai dan 22 Mei berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0.

    

Pada 2 Julai, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan R Tangam, G Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim melanggar perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir bertarikh 26 April, yang melarang sebarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei.

Pada 22 Mei, dia mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menyertai protes jalanan yang melanggar perintah dikeluarkan Zaki Ashraf, yang melarang sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei.

[Baca berita penuh]