Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet: Kedah harap dapat peruntukan atasi banjir
Diterbitkan:  Sep 12, 2012 4:16 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Kerajaan Kedah berharap untuk mendapatkan peruntukan bagi menangani masalah banjir di negeri ini dalam Belanjawan 2013 kerana masalah berkenaan boleh memberi kesan kepada pengeluaran padi negara.

    

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata banjir yang sering berlaku di negeri ini sebenarnya menjejaskan produktiviti negara dalam penghasilan makanan.

    

Katanya apabila banjir berlaku, sering terjadi padi rosak yang menyebabkan bekalan beras negara turut terjejas.

    

NONE "Kedah ini negeri Jelapang Padi, yang mana sumbangannya memenuhi keperluan beras negara.

"Semua orang di Malaysia ni makan nasi. Selain merosakkan tanaman padi, ia juga menjejaskan infrastruktur jika lambat dibuat," katanya.

Azizan memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini.

    

Katanya apabila berlaku banjir, ia melibatkan banyak pihak dengan rakyat yang paling banyak menanggung kerugian dan menjejaskan aktiviti harian mereka terutama yang berkaitan dengan penanaman padi.

    

Beliau berkata keperluan menangani masalah banjir ini lebih penting daripada keperluan bantuan banjir kerana ia melibatkan kepentingan jangka masa panjang.

    

"Bantuan banjir tak apa... bila berlaku (banjir) banyak NGO akan datang menolong," kata Azizan.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS