Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang guru tuisyen hari ini mendakwa soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor dibocorkan di Internet setiap kali sebelum peperiksaan berlangsung.

Guru tuisyen yang enggan dikenali itu mendakwa, pautan kepada soalan itu akan dimuatkan di laman sosial Facabook sehari sebelum peperiksaan berlangsung.

''Biasanya mereka akan letak soalan sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

"Apa yang saya kesali, ada guru sekolah tahu tentang perkara ini tetapi mendiamkannya.

"Mereka seperti membenarkan penipuan ini," dakwanya dalam sidang media di ibu negara bersama ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Peperiksaan percubaan SPM tahun ini bermula dari 29 Ogos sehingga 21 September.

Sepuluh kertas sudah bocor

Guru yang enggan identitinya itu didedahkan juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera kerana soalan yang dibocorkan itu 99.9 peratus didakwa tepat seperti soalan sebenar.

Malah, sambutan di laman Facebook itu semakin mendapat sambutan apabila sebanyak 23,000 pengguna Internet sudah menyukainya dengan menekan butang "Like".

Semakan Malaysiakini di laman berkaitan mendapati sebanyak ketas peperiksaaan untuk sepuluh matapelajaran - termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains - sudah dibocorkan setakat ini.

NONE Sementara itu, Lim (kiri, tidak berkaca mata) berkata, apa yang berlaku itu memberi tamparan hebat kepada perdana menteri setelah baru sahaja melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kelmarin.

''Ini merupakan satu tamparan hebat kepada sistem pendidikan di Malaysia yang Najib cukup banggakan dua hari lalu," sindirnya.

Lim juga berkata akan membangkitkan perkara itu dalam sesi Parlimen yang akan bersidang hujung bulan ini supaya dijawab oleh kementerian pelajaran.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS