Serangan awal pagi ke atas ibupejabat DAP dan tiga pusat perkhidmatan di Pulau Pinang adalah usaha sistematik untuk mengancam dan melemahkan kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

NONE Menurutnya, kejadian itu adalah serius kerana ini adalah kali

pertama dalam sejarah di mana ia turut membabitkan pusat perkhidmatan ketua menteri.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dipilih oleh rakyat.

NONE Lim menggesa ahli dan penyokong parti itu supaya kekal tenang dan bersedia.

"Kita tidak tahu berapa banyak lagi pusat tersebut akan

diserang tetapi kita pasti akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan," kata Lim ketika mengunjungi pejabat utama DAP di di Jalan Rangoon.

NONE "Walau bagaimanapun serius pun serangan itu, ia tidak akan

menghalang kita daripada berkhidmat kepada rakyat dan meneruskan dasar dan program negeri yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Lim, yang juga ADUN Air Putih, merujuk ke pusat khidmatnya yang turut disimbah dengan cat merah.

Pusat perkhidmatan Lim masih belum memasang kamera CCTV manakala kamera di ibupejabat DAP telah merakamkan dua lelaki bertopi keledar serta baju-T merah dan putih, membaling paket ke bangunan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

1. Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi