'P'raya berasingan tunjuk Pakatan tak bersatu'
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata cadangan Pakatan Rakyat yang akan mengadakan pilihan raya bagi dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secara berasingan daripada pilihan raya umum menunjukkan Pakatan Rakyat tidak bersatu.
Selain merugikan masa dan wang, Khairy berkata, cadangan yang menunjukkan ketidaksepakatan Pakatan antara satu sama lain dan tindakan tidak bertanggungjawab.
"Perkara ini membazirkan wang rakyat dan masa pada waktu yang sama. T
"akkan nak suruh pengundi keluar mengundi dua kali. Dan ini juga menunjukkan ketidaksatuan pembangkang.
"PAS di Kelantan setuju untuk adakan pilihan raya bersama. Tetapi Selangor menggunakan alasan senarai pemilih tak bersih.
"Kalau dalam hal ini pun tak setuju, apatah lagi kalau dasar-dasar kerajaan yang nak dibentuk untuk jadi kerajaan persekutuan," kata Khairy ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri tiga sayap Umno di PWTC semalam.
Rabu lalu, Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan dalam mesyuarat untuk mengadakan pilihan raya DUN Selangor berasingan daripada pilihan raya umum, sekali gus memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan.

