Pergerakan kesedaran pengundian UndiMsia hari ini melancarkan buku sebagai panduan kepada aktivis di tengah-tengah gadis cantik dan tarian rancak.

Miss Malaysia top 5, FHM Girl Next Door 2010 Yvonne Sim on the catwalk Activating Malaysians: The DIY Toolkit (Mengaktifkan Malaysia: Kit DIY ) lebih 100 halaman itu mendokumentasikan, antara lain, sejarah pergerakan dan kaedahnya, termasuk maklumat berhubung institusi kekuasaan di Malaysia.

"Buku ini mengajar kamu bagaimana menganjurkan kempen kamu sendiri," kata orang penting di belakang kumpulan itu Edmund Bon.

"Ia mengajar kamu bagaimana mengenal pasti peranan sebagai aktivis, memberikan maklumat bagaimana menjelaskan kepada orang awam tentang UndiMsia, dan paling penting menunjukkan kaedah menjalankan bengkel percambahan minda dan melaksanakan idea daripadanya untuk masyarakat kamu."

Pelancaran itu bersempena dengan ulang tahun pertama pergerakan itu.

undimsia Popping balloons for closing ceremony Majlis itu membuka acara dengan persembahan ala tarian terkenal Korea ‘Oppa Gangnam style' dan beberapa persembahan kugiran di hadapan kira-kira 100 tetamu.

Bagaimanapun, acara terhangat jatuh kepada 'pelelongan temu janji' dengan pembida tertinggi akan memenangi temu janji dengan personaliti terpilih.

Antara temu janji ditawarkan, pelakon Tony Eusoff (dengan pemenang bidaan sebanya RM320), Miss World Malaysia 2010 Nadia Heng (RM600) and FHM Girl Next Door 2010 Yvonne Sim (RM820, right) dan peguam serta pengarah filem Seira Sacha Abu Bakar (RM800).

Sebanyak RM3,740 dikutip daripada acara itu.

[Baca berita penuh]