Keputusan p'raya tempatan Pulau Pinang sudah dibuat
Diterbitkan: Sep 21, 2012 1:43 PM | Dikemas kini: Sep 21, 2012 1:45 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan berhubung permintaan kerajaan Pulau Pinang untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
Bagaimanapun keputusan berkaitan hanya akan diumumkan selepas dimaklumkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu.
"Kami sudah ada jawapan tetapi lebih baik ia dimaklumkan kepada ketua menteri dahulu," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan Pejabat Peguam Negara.
Menurut Abdul Aziz lagi, suruhanjaya akan membalas surat Lim berhubung perkara itu hari ini atau minggu depan.
[Baca berita penuh]

