Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan pihaknya masih menunggu jawapan daripada Pejabat Peguam Negara berhubung cadangan membenarkan pengundian pos kepada warganegara Malaysia di luar negara.

NONE "Saya tidak berani jamin (tarikhnya), tetapi tidak lama lagi," jawab Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ( kiri ) apabila ditanya bila Pejabat Peguam Negara akan memberikan maklum balas.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya minggu ini, Abdul Aziz menjelaskan Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji sama ada pindaan perlu dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan, akta pilihan raya atau undang-undang pilihan raya perlu dibuat untuk tujuan itu.

Rakyat Malaysia di negara asing melalui kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) pada 19 September lalu mendesak Abdul Aziz dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran kelewatan melaksanakan langkah itu.

Ia ekoran pengumuman Abdul Aziz pada 25 Ogos 2011 bahawa kumpulan itu akan dibenarkan mengundi pos.

Cadangan itu kemudiannya selari dengan cadangan jawatankuasa khas parlimen untuk penambahbaikan sistem pilihan raya pada April.

[Baca berita penuh]