Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tol akan dikenakan di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Bahru.  

    

Bt Jalil Merdeka Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ( kanan ) berkata cadangan pengambilalihan EDL di Johor Baharu oleh kerajaan daripada pemegang konsesi sedia ada masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, kepentingan semua pihak iaitu rakyat, pihak pemberi pinjam, syarikat konsesi dan kerajaan akan sentiasa dijaga dalam memuktamadkan sebarang cadangan," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat hari ini.

    

Loke bertanyakan kos untuk kerajaan mengambil alih EDL di Johor Bahru daripada pemegang konsesi Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan kadar tol yang akan dikenakan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS