Rakaman audio Guan Eng 'angkuh' didedahkan
Rakaman audio yang didakwa rakaman kritikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman terhadap bosnya Lim Guan Eng akhirnya didedahkan.
Rakaman yang didakwa dibuat dalam sebuah mesyuarat pada 19 Mac itu dimainkan di Buletin Utama TV3 malam tadi.
Rakaman itu antaranya didakwa menyifatkan Lim sebagai sombong, angkoh dan 'tokong' kepada masyarakat Cina.
Bagaimanapun, rakaman itu tidak dapat dibuktikan keasliannya setakat ini.
Pemimpin PKR sebelum ini menolak rakaman itu dan mendakwanya sebagai "manipulasi" dan "strategi BN" untuk mewujudkan pertelingkahan dengan DAP - rakannya dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Pada 23 Ogos lalu, Malaysiakini mendedahkan minit mesyuarat yang dibocorkan. Mansor menafikan mengeluarkan kenyataan itu dengan berkata komennya hanya diambil sebahagian dan di luar konteks.

