Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penguatkuasa DBKL terima insentif RM200 mulai Okt

Pegawai dan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gred 52 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak RM200 sebulan bermula Oktober ini.

    

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan BIP pada 1 Ogos lepas.

    

"Pemberian BIP ialah untuk pegawai dan anggota yang melakukan tugas-tugas khas termasuk menjaga aset Datuk Bandar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Pembarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 di ibunegara hari ini.

    

Raja Nong Chik berkata sebanyak 1,584 pegawai dan anggota DBKL akan menerima BIP, yang diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka berkhidmat dengan cemerlang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS