Pemimpin BN sambut baik bajet Najib

   

Bajet 2013 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak petang tadi disambut pemimpin kerajaan dan BN.

Berikut reaksi positif mereka yang dilaporkan:

Datuk Seri Noh Omar, menteri pertanian dan industri asas tani

NONE Ia adalah bajet yang baik. Pertama kali kerajaan memperkenalkan insurans untuk penanam padi.

Kalau padi mereka musnah kena banjir atau penyakit mereka ada insurans.

Datuk Seri Musa Aman, ketua menteri Sabah

musa aman Belanjawan ini mengambil kira kepentingan, kesejahteraan rakyat dari petani, nelayan, belia, wanita, penjawat awam, pekerja swasta, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), peniaga dan masyarakat korporat.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri belia dan sukan

ahmad shabery cheek Ini adalah peruntukan terbanyak yang kita perolehi bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016. Ternyata ia menunjukkan betapa serius perdana menteri kita kepada sukan negara.

Beliau (perdana menteri) faham sukan bukan sekadar pingat semata-mata tetapi ia berkaitan dengan soal melonjakkan imej, moral, menyatupadukan rakyat dan memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terlibat dalam sukan.

Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Cheras

NONE Potongan 20 peratus kepada pemimjam (PTPTN) yang membayar hutang sekaligus dan 10 peratus kepada mereka yang konsisten membayar balik pinjaman tersebut mulai Oktober ini merupakan satu kelonggaran dan meringankan beban semua pihak.

Bantuan RM100 kepada setiap pelajar membabitkan 5.4 juta pelajar merupakan tanggungjawab kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang berdepan dengan masalah kewangan pada awal musim persekolahan.

Begitu juga RM3.7 bilion diperuintukkan untuk meningkatkan latihan kemahiran di bidang teknikal dan vokasional, ia merupakan pelaburan masa depan untuk melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran tinggi.

Malaysiakini
terkini untuk anda