Diesel kurang kerana masalah edaran, kata menteri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, punca kekurangan minyak diesel baru-baru ini adalah disebabkan masalah edaran
Bagaimanapun, perkara tersebut telah diselesaikan setelah kementeriannya mengadakan perjumpaan bersama pengusaha minyak, jelasnya.
"Masalah diesel kurang di Johor, Perak dan beberapa tempat lagi sebab ada masalah penghantaran. Ada sikit isu kuota juga.
"Tapi semua itu dah selesai. Dah ok. Kita dah juga berjumpa dengan semua pengusaha minyak tempoh hari," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Kad Penyerahan Siswa 1Malaysia di Petaling Jaya hari ini.
Ismail Sabri juga berkata, kementerian itu masih belum menerima aduan mengenai kekurangan bekalan gula ekoran pengurangan subsidi yang diumumkan ke atas bahan tersebut.
Tambahnya lagi, sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga gula disebabkan kekurangan subsidi, pihaknya akan mengambil tindakan.
"Tak terima aduan lagi. Tiada. Kita akan sentiasa pantau (jualan gula). Kalau ada peniaga naikkan harga gula, kita akan ambil tindakan," Ismail.
Pada pembentangan belanjawan 2013 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, subsidi gula akan dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula 29 September lalu.

