Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan tarikh sebutan kes bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) pada 3 Disember depan.

Mahkamah menetapkan tarikh itu untuk sebutan semula kerana hakim Aslam Zainuddin sedang bercuti.

Sebutan itu hari ini didengar di hadapan seorang lagi hakim mahkamah sesyen Ismadi Husin.

Peguam Rafizi Latheefa Koya memohon tarikh yang panjang untuk sebutan akan datang kerana terdapat proses mengetepikan pertuduhan itu melibatkan anak guamnya di mahkamah lebih tinggi.

[Berita penuh menyusul]

ADS