Masalah Penan ekoran pembinaan empangan Murum tidak akan dapat diselesaikan selagi dasar kerajaan tidak mesra terhadap masyarakat itu, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Baru Bain.

NONE "Boleh ada beberapa menteri untuk meneliti masalah mereka.

"Tetapi jika menteri tersebut kekal tidak berkesan, tidak ada gunanya," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba'Kelalan itu.

Bian ( kanan ) yang juga seorang peguam berkata mengulas kegagalan rundingan antaranya wakil Penan dan kerajaan negeri berhubung prasyarat untuk pembinaan empangan.

Masyarakat Penan antaranya menuntut pampasan RM500,000 untuk setiap keluarga atas kehilangan tanah adat, tanah seluas 30,000 hektar untuk setiap kampung terjejas, tanah 25 hektar untuk setiap keluarga untuk aktiviti pertanian, pendidikan untuk kanak-kanak dan dana pembangunan komuniti.

[Baca berita penuh]