Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyangkal keras tuduhan bahawa beliau ada kaitan dengan perolehan tapak projek sebuah hotel yang dibangun pemaju swasta di Semporna.

    

Menyifatkan perkara itu satu fitnah, Nasir berkata pemaju berkenaan memperoleh tapak tersebut menerusi usaha sendiri dan tidak ada kena mengena dengan beliau.

    

"Ada pihak tertentu menggunakan blog membuat tuduhan kepada pemimpin termasuk saya kononnya saya telah ikut sama merampas tanah rakyat termasuk tanah di Seafest. Sebenarnya tanah di Seafest itu adalah tanah milik usahawan itu sendiri.

    

"Tanah yang dia sedang bangunkan sekarang diperoleh daripada sebuah agensi kerajaan. Jadi saya sendiripun  tidak tahu (sama ada) ada perbincangan atau bagaimana dia memperolehi tanah itu," katanya kepada pemberita di Semporna hari ini.

    

ADUN Senallang itu  juga mahu pihak yang membuat dakwaan tersebut mengemukakan bukti jika benar beliau terbabit dalam isu tersebut.

- Bernama