Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Arahan tutup stesen kereta api bukan dari polis'

Tiada arahan rasmi daripada polis untuk menutup stesen kereta api sekitar Dataran Merdeka selepas gas pemedih mata dilepaskan terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, kata pegawai kanan Prasarana.

Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana Khairani Mohamed berkata, keputusan itu dibuatnya sendiri untuk mengelakkan rempuhan di stesen LRT Masjid Jamek, berdekatan tapak bersejarah itu.

NONE Katanya, suasana perhimpunan yang mirip festival pada 28 April itu menjadi panik selepas gas pemedih mata dilepaskan kira-kira jam 3 petang, menyebabkan keselamatan penumpang dan kakitangan stesen terancam.

Pihak yang berada dalam stesen juga terkena kesan pemedih mata walaupun selepas pintunya ditutup.

"Jika saya buka pintu, tentu akan lebih banyak berita," katanya dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Beliau ditanya oleh pemerhati BERSIH Daniel Albert sama ada orang ramai patut dibenarkan masuk ke stesen secara beransur-ansur supaya mereka boleh meninggalkan kawasan itu secara teratur.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS