Bahasa ibunda bukan penyebab polarisasi kaum antara rakyat Malaysia, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, masalah itu antaranya disebabkan dasar kerajaan gagal dijalankan penjawat awam, pentafsiran tindakan afirmatif berdasarkan prejudis kaum dan kelemahan pemantauan dalam pengeluaran lesen dan biasiswa.

NONE "Kami percaya pendidikan bahasa ibunda bukan penyebab polarisasi dalam negara ini. Pendidikan bahasa ibunda penting jika kita mahu melatih rakyat pelbagai bahasa.

"Polarisasi berlaku ekoran banyak faktor lain dan tidak satu pun disebabkan oleh sesuatu aliran dalam pendidikan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Lagi pun, kata Chua ( atas ), kanak-kanak bawah 12 tahun lebih efektif menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

[Baca berita penuh]