Lebih separuh daripada kamera yang terlibat dalam projek pemantauan jalan raya di Kuala Lumpur bernilai RM366 juga tidak berfungsi, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

NONE Sistem itu menggunakan 255 kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa siri kamera dikenali sebagai sistem pengesanan insiden (AID), melibatkan 728 unit.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan maklumat daripada kamera dan menghantarnya melalui sistem dinamakan VMS.

Bagaimanapun, audit menemui antara Januari 2009 hingga Ogos 2011, sebanyak 51 hingga 56 peratus unit CCTV tiak berfungsi sementara 60 peratus hingga 83.9 peratus AID dalam keadaan sama.

[Baca berita penuh]