Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Scomi Group kata jualan tiga unitnya diteruskan
Diterbitkan:  Oct 16, 2012 2:50 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Scomi Group Bhd hari ini menjelaskan bahawa pelan untuk melupuskan tiga anak syarikatnya kepada Scomi Marine Bhd masih akan diteruskan.

    

Kumpulan itu berkata jualan anak syarikatnya - Scomi Oilfield Ltd (SOL), Scomi Sosmi Sosma Sdn Bhd (Scomi Sosma) dan Scomi KMC Sdn Bhd (SKMC) - sedang dilaksanakan seperti dirancang.  

    

"Scomi akan mendapatkan kelulusan para pemegang sahamnya pada satu mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di ibunegara.

    

Scomi Group mengeluarkan kenyataan itu berikutan wujud laporan berita yang menyatakan ia tidak akan meneruskan dengan cadangan jualan anak syarikat itu.

    

Katanya satu-satunya cadangan yang dibatalkan ialah tawaran yang boleh lepas bagi jualan sehingga kira-kira 283.245 juta saham biasa 45 sen setiap satu di dalam Scomi Marine yang dipegang oleh kumpulan itu kepada para pemegang sahamnya.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS