AG merayu terhadap keputusan permit Malaysiakini
Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan keputusan tidak memberi permit penerbitan kepada Malaysiakini .
Perkara itu disahkan oleh ketua bahagian Sivil jabatan itu Azizah Nawawi
"Kita telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL itu," kata Azizah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) pada 1 Oktober lalu membatalkan keputusan KDN untuk tidak memberikan permit penerbitan kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini .
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan "ia tidak wajar dan tidak rasional" dan keputusan menteri dalam negeri itu salah arahan kerana melebihi had bidang kuasanya.

