Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bakal pengantin maut, motosikal dirempuh kereta
Diterbitkan:  Oct 17, 2012 3:42 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Seorang anggota Rela yang akan berkahwin Sabtu ini, maut manakala bakal isterinya cedera apabila motosikal yang mereka naiki dikatakan dilanggar sebuah kereta di Jalan Lembah Permai di George Town hari ini.

    

Sheikh Mohd Adam Mohd Ishak, 20, meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala dalam kemalangan kira-kira 12.50 tengah hari tadi.

    

Sumber polis berkata kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu laju merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak ke bahu jalan," katanya kepada pemberita.

    

Difahamkan pasangan berkenaan baru sahaja pulang selepas makan tengah hari.

    

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu.

- Bernama

ADS