MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan menangkis serangan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dengan alasan, gabungan parti pembangkang juga meraih sumbangan untuk kegiatan mereka.

Serangan berkenaan menunjukkan dwistandard pemimpin Pakatan Rakyat sedangkan penyaluran sumbangan daripada sesiapa sekalipun tidak menyalahi peruntukan undang-undang, katanya dalam satu kenyataan.

NONE Setiausaha BN Sabah itu berkata, pemimpin Pakatan sebelum ini menyerang Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, namun mengubah strategi apabila kerajaan mengumumkan mengenai status siasatan ke atas sumbangan wang RM40 juta itu.

"Bila sumbangan jatuh ke kantung Umno, sumbernya mesti didedahkan serta mereta. Tapi adakah anda dengar pembangkang mengisytihar sumber derma yang mereka terima setakat ini?

"Kita semua tahu bahawa pembangkang juga menerima sumbangan politik daripada semua pihak.

"Contohnya, ibu pejabat baru parti itu di Pulau Pinang yang DAP perolehi dalam tempoh dua tahun membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

"Bangunan DAP Pulau Pinang itu dilaporkan melibatkan kos sekitar RM3.5 juta. Menurut ketua DAP Pulau Pinang, wang itu dikutip melalui derma. Nampaknya, wang berjuta-juta ringgit sudah dikutip setakat ini," katanya.

Katanya lagi, Musa sebelum ini diserang dengan dakwaan "merampas dan menjarah kawasan yang kaya dengan sumber balak" oleh pembangkang.

Sedangkan, Musa berusaha untuk mempertahankan hasil balak dan hutan tersebut daripada dirampas individu tidak bertanggungjawab, katanya.

Hinggakan, usaha itu menjadikan Musa menjadi "kesayangan" oleh kumpulan pencinta alam sekitar  dunia, katanya.

[Baca berita penuh]